HULU TERENGGANU: Tindakan sembilan penunggang motosikal tidak meletakkan nombor pendaftaran pada kenderaan mengundang padah apabila mereka disaman polis dalam Op Samseng Jalanan, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mereka dikesan melakukan kesalahan itu selepas ditahan di Ajil dan bawah jejantas Kilometer 403 arah Bukit Besi - Kuala Terengganu.
Menurutnya, ia sebahagian daripada 49 saman dikeluarkan dalam tempoh empat jam operasi diadakan bermula jam 10 pagi, meliputi kesalahan nombor plat tidak mengikut peraturan, gagal menunjukkan lesen memandu, tiada cermin sisi, nombor plat 'fancy' dan ubah suai aksesori.
“Tidak meletakkan nombor pendaftaran pada kenderaan jelas menyalahi undang-undang jalan raya, jadi saya harap pengguna jalan raya faham dan tidak melakukan kesalahan ini,” katanya di sini pada Jumaat.
Mohd Adli berkata, secara keseluruhannya sebanyak 60 motosikal telah diperiksa dalam operasi yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Hulu Terengganu, Inspektor Zainon Abidin Ismail itu.
Bagaimanapun katanya, tiada sebarang tangkapan dan sitaan kenderaan dibuat selain saman yang dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan itu.
“Pemeriksaan ini melibatkan dua kumpulan motosikal yang besar, salah satunya adalah kumpulan sebanyak 27 motosikal dari Melaka yang dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.
“Kita akan teruskan operasi ini dari masa ke semasa bagi mengesan pesalah jalan raya,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Jan 28 2022
Zainon Abidin menunjukkan motosikal yang menggunakan nombor plat tidak mengikut peraturan. - Foto Sinar Harian
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Mahkamah tetapkan Isnin depan keputusan larang Chegu Bard
Keputusan mahkamah perintah larangan pada Isnin terhadap Chegu Bard memberi komen atau ulasan berkaitan isu kasino di Forest City, Iskandar Puteri.
Kementerian akan tambah Autogate di pintu masuk negara
Susulan pengumuman warga 46 negara dibenar guna Autogate, kementerian bercadang untuk menambah bilangan kemudahan itu di semua pintu masuk negara.
Tebing runtuh di perumahan mewah Cyberjaya, PBT diarah segera baik pulih
Majlis Perbandaran Sepang diarah menyegerakan kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing di kawasan perumahan mewah Cassia Garden Residence di Cyberjaya.
Warga asing dari 46 negara dibenar guna Autogate untuk masuk ke Malaysia
Antara negara yang dimasukkan dalam senarai itu adalah 26 buah negara daripada Kesatuan Eropah dan negara dari Asia, termasuklah China, Hong Kong, Bahrain, Kuwait, Jordan, Oman dan Qatar.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Sindiket dadah tumpas, lelaki ditahan bersama 20 bungkus heroin
Suspek direman selama enam hari bermula Selasa hingga 19 Mei bagi membantu siasatan.
Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, pada Isnin.
Penunggang motosikal maut di PLUS, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Polis Daerah Taiping menerima maklumat dari orang awam berhubung kemalangan membabitkan penunggang motosikal sekitar jam 7.20 pagi Isnin.
Remaja maut motosikal rempuh belakang treler
Seorang remaja lelaki maut manakala adik dan sepupunya cedera selepas motosikal yang ditunggang mangsa terbabas lalu merempuh belakang sebuah treler di Kampung Kepong.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
Penunggang RXZ maut dalam perjalanan ke kuliah agama Ustaz Azhar Idrus
Keadaan jalan yang gelap menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar tayar treler.